BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 24, 2009

Meraikan Ulang Tahun


Bersama Suriani, ketika sama - sama menuntut di Law School UiTM



Assalamualaikum..

Entri kali ini ditulis adalah untuk merakamkan ulang tahun jalinan cinta saya dengan Suriani. Kami mula bertemu pada tanggal 25 Dis 2005, sewaktu Minggu Mesra Siswa sessi kemasukan Dis 2005.

Semoga hubungan ini mendapat restu dan berakhir di jinjang pelamin, serta berkesudahan di liang lahad!

Suriani masih lagi menuntut dalam pengajian professional undang - undang (LL.B) dan akan bergraduat pada Jun 2010.

Sayang, selamat ulang tahun ke - 4!

I love you!

Monday, December 7, 2009

Kerjaya Tentera





Assalamualaikum dan salam hormat kepada para pembaca sekalian..

Dalam post yang terdahulu, saya memaklumkan yang saya berkhidmat di Lexis Nexis sebagai editor undang - undang. Tapi nampaknya rezeki di Lexis Nexis tidak panjang, saya memutuskan untuk berhenti kerja walau belum seminggu pun genap bekerja!

Ceritanya begini, pada hari kedua saya bekerja di Lexis, saya telah menerima panggilan telefon dari Cawangan Tenaga Kerja, Angkatan Tentera Malaysia. Sarjan Hishamudin, memaklumkan baahawa saya telah disenarai pendek untuk sesi pemilihan pegawai graduan TUDM bertempat Markas Staf Stesyen, Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu. Pemilihan akan berlangsung selama 2 minggu, bermula dari 31 Nov hinggalah 14 Dis 2009. Fuhh! Lama tu, 2 minggu.. Mana mungkin saya layak untuk on leave selama 2 minggu walhal belum cukup seminggu saya bekerja di Lexis..Sudahlah kerjaya ini memerlukan tugasan dan projek disiapkan mengikut dateline basis..mana mungkin Head Editor akan meluluskan permohonan cuti saya, walaupun unpaid leave, apatah lagi cuti saya itu bertujuan untuk bertemuduga bagi peluang kerja lain.




Setelah dilanda dilema untuk melepaskan kerja yang agak selesa, dan peluang untuk tinggal di Shah Alam (dekat dengan buah hati yang masih mengikuti pengajian professional LLB di UiTM), saya nekad berhenti kerja. Kerja di sektor swasta, insyaAllah boleh cari lagi kalau tak berjaya dalam pemilihan, kata abang saya...

Setelah berhenti kerja, dan berkonvo di UiTM, ya, saya baharu selesai berkonvo 27 Nov lepas bagi ijazah pertama dalam jurusan Pengajian Undang - undang..saya bertolak ke rumah kakak di Kota Bharu sebagai transit point sebelum ke Kem Desa Pahlawan.

Tanggal 31 Nov, sekitar jam 0930, saya sampai di Kem Desa Pahlawan untuk lapor diri..ramai calon yang dah sampai rupanya, termasuklah calon - calon pegawai Kadet untuk Tentera Darat..Pemilihan Pegawai Graduan ATM kali ini merupakan kali yang ke - 23, bagi TUDM. Calon Pegawai Graduan kira - kira seramai 82 orang. Hmm..suspen jugak saya, berapa ramai law graduate yang datang ni? Besarkah peluang saya? Dahla suitcase saya antara yang paling besar, kalau balik awal, malu jugak =)


Rupa - rupanya, calon graduan Undang - undang hanya seramai 4 orang, Dhany lulusan UIAM, Khairul Aizat lulusan UiTM yang juga rakan sekelas saya, Nair lulusan Brickfields College dan saya sendiri..wah..wah..siapakah yang bakal tersingkir?


Asrama yang kurang selesa. Tapi dek keletihan, seawal 9.30 malam dah lena.


Sepanjang dua minggu kami berkampung di Kem Desa Pahlawan, kami mula diberi pendedahan tentang alam ketenteraan, makan cara askar, tidur macam askar, dan berdoa pun cara askar..heheh..baris dan berlari, sudah jadi rutin. Tambahan pula, cuaca musim tengkujuh di Pantai Timur seolah - olah memberi cabaran tambahan kepada para calon..asrama calon kadet tenggelam dek air banjir setelah hujan tak henti2 mencurah..


 Beratur sewaktu mengambil makanan. Yang lambat tu meranalah.

Menu makanan pun agak mencabar iman jugak, kalau yang dah bekerja sebagai executive dan lazimnya lunch di restoran atau coffe house yang menawarkan menu yang lazat2, terpaksalah tutup mata dan telan ikan bertulang dan sayur taugeh..kalau nasib baik dapat gulai ayam dan daging, memang kami cukup bersyukur..semua gerak kerja pun mesti pantas, tidak terkecuali juga bab makan..saya kadang kala panas hati dan rasa nak maki jugak bila terpaksa berkejar - kejar sewaktu menikmati makanan..tidakkah mereka tahu yang jika makanan tidak dikunyah dengan betul, boleh menyebabkan penyakit pada usus..kita bukannya nak pegi berperang, poyo je lebih kadang2..tapi itulah cabaran pada mereka yang ingin menyertai dunia ketenteraan, dah tauliah dan diserap masuk dalam perkhidmatan nanti, mana ada kena jerit2 suruh cepat habiskan makanan lagi =)

Antara ujian yang diadakan ialah ujian IQ, ujian pengetahuan am, ujian pengetahuan ketenteraan, ujian larian 3.2 km bawah 18 minit, medical fitness, temuduga first board dan temuduga final board.




Ramai calon yang tersingkir sewaktu medical fitness dan temuduga first board. Ada yang sangkut sebab buasir, ada yang kena tendang sebab sangkut urine test, dan ada yang tak lulus sebab rabun. Calon yang berkaca mata masih layak untuk memasuki perkhidmatan, sekiranya power cermin mata kurang dari 300 dan tidak silau. Alhamdulillah, saya lulus semua ujian, termasuklah ujian mata. Saya sebetulnya risau juga, maklumlah mata rabun..nasib baik power kurang dari 100 dan tidak silau. Kepada pembaca yang berminat untuk menyertai ATM, saya nasihatkan jaga la mata elok2, dan jaga pemakanan, jangan makan makanan yang terlalu pedas, sebab buasir memang tak dipertimbangkan langsung untuk masuk askar.

 
Pada pagi temuduga lembaga awal (first board interview)
                                                   
Temuduga awal dengan first board berlangsung sehari suntuk. Kami berpakaian P.O (formal bertali leher) sedari jam 0700. Sangkaan saya, temuduga paling lambat pun selesai pada sebelah petang...hehe, sangkaan saya tak tepat, giliran saya ditemuduga kira - kira jam 2300, dah nak tengah malam baru temuduga beb! First board terdiri daripada Kolonel Sani, Mejar Mohammad Yatim, Mejar Amir (TUDM), beberapa pegawai berpangkat Kapten, dan Pegawai Waran Cik Afandi.

Hmm..kena speaking rupanya dalam temuduga pegawai, belasah je lah, alhamdulillah, nasib baik UiTM guna English sebagai medium of instruction..kalau tak, berpeluh jugak saya..Antara soalan yang diajukan oleh para panelis ialah apa yang bakal anda sumbangkan kepada TUDM sekiranya terpilih sebagai pegwai, dan sedikit sebanyak berkaitan aspek undang - undang tentera. Nasib baik handphone boleh akses internet, sempat baca beberapa website berkaitan =)

Usai temuduga awal, kami bertambah suspen..almaklumlah, lepas ni ramai yang kena hantar balik dengan trak 3 tan..ala Akademi Fantasia jadinya..esok malamnya, sekitar jam 2000 kami menerima arahan untuk baris dan bergerak ke dewan. Sudah, mulalah ada yang buat spekulasi. Saya kadang - kadang benci dengan orang yang terlalu banyak andaian, walaupun situasi yang bakal berlaku masih samar - samar.

Sah, penyingkiran berlaku pada malam tu. Mejar Mohammad, yang punyai karisma sebagai pegwai tentera, mengumumkan nama - nama calon yang berjaya melangkah ke temuduga akhir..Alhamdulillah, bagi trade Urus Setia, saya, Aizat dan Dhany yang sering menjadi imam solat dan mendoakan kejayaan kami semua, turut terpilih.

Pada hari temuduga akhir, semua calon telah diberi ucapan aluan oleh Mejar Halim (TUDM) Sebaik sahaja beliau mengucapkan, "Welcome to the Air Force", muka masing - masing bersinar je..happy la, dah dapat kerja..

Semua calon yang berjaya, akan mengikuti latihan dan kursus ketenteraan di Pusat Latihan Pegawai, Kolej Tentera Udara, Alor Setar bermula 23 Feb 2010. Tamat sahaja latihan dan ditauliahkan oleh SPB YDPA, semua calon akan bergelar Kapten (graduan Ijazah S.M) dan Leftenan (graduan Diploma).



Pelbagai kenangan manis telah dikutip sepanjang dua minggu di kem, dan jalinan persahabatan yang dibina..kepada para pembaca yang berminat untuk berkhidmat sebagai pegawai graduan atau pegawai kadet (untuk lepasan SPM) intai - intailah iklan kerjaya ATM di akhbar dan laman web ATM. Jangan lupa polish speaking!

Kepada sahabat2 yang telah berjaya di pemilihan baru - baru ini, jaga kesihatan dan keselamatan diri, jangan lupa workout dan exercise, buang segala lemak - lemak, supaya takdelah semput bila kena 'dera' dengan jurulatih nanti..jangan lupa juga, manjakan diri, makan sedap2..nanti kena 'neraka' 9 bulan!


Antara calon yang berjaya ke temuduga lembaga akhir.


Hujan musih tengkujuh Pantai Timur membataskan pergerakan. Ke mana sahaja dengan trak 3 tan.

Diucapkan tahniah kepada 32 orang calon pegawai graduan TUDM, 17 orang pegawai Kor Agama Angkatan Tentera dan 4 orang pegawai perubatan (medical officer) ATM.

Akhir kata, 'there are no bad soldiers, but bad officers!'..

Wallahu'alam..Wassalam.


Monday, October 5, 2009

Kerjaya Baru

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, setelah 3 kali berulang alik sepanjang Ramadhan baru - baru ini, saya telah diterima bekerja di LexisNexis sebagai Editor Undang2.. Nampaknya rezeki bersambung di PJ setelah baru sahaja tamat kontrak dengan Kolej Shahputra sebelum Eid.

Saya akan mula bertugas pada 12 hb Oktober, dan tugasan berkenaan dengan proses uploading akta - akta ke online Journal LexisNexis...

Wednesday, September 23, 2009

Indahya Desaku








Hitung kira, sudah hampir 5 tahun saya meninggalkan kampung, bermula tahun 2005, sewaktu melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak. Satu semester sahaja di UNIMAS, saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang - undang di UiTM Shah Alam. Jarang sekali saya pulang ke kampung, melainkan jika ada kenduri sanak saudara terdekat dan sewaktu Eid. Cuti semester selalunya saya akan bekerja part time sebagai guru tuisyen dan mengikuti kuliah semester pendek.

Tahun ini, saya berkesempatan merakamkan suasana kampung saya pada waktu pagi. Usai solat Subuh dan minum Nescafe, ringan pulak kaki ni nak berjalan ke jeti..Buat pengetahuan anda, kampung saya ni merupakan jetty point bagi pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian.

Kalau ada yang berminat nak ke Perhentian, bolehlah hubungi saya, saya akan bantu setakat yang mampu.

Nikmat Aidilfitri


Assalamualaikum dan salam Aidilfitri untuk semua.

Alhamdulillah, bersempena dengan kedatangan Syawal 1430H ini, saya kembali terdaya untuk menulis dalam laman blog ini.. Sebetulnya hati memang meruntun nak jadi seorang blogger yang prolifik terutamanya dalam aspek perundangan dan siasah negara.. Rugi rasanya jika ilmu yang ditimba di sekolah undang - undang tidak dikongsi demi kemaslahatan bersama...bukan mahu mendabik dada dengan status sebagai seorang mahasiswa undang2, tapi mahu memberi, walau sekelumit cuma ilmu yang ada, itupun ingat2 lupa =)

Bersempena raya tahun ini, kami adik beradik mengambil kesempatan pulang ke kampung di Kuala Besut. Happy betul dapat jumpa sanak saudara dan menziarahi pusara arwah Ayah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, saya yang dah tua bangka pun masih lagi dapat duit raya.