BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 23, 2009

Indahya Desaku








Hitung kira, sudah hampir 5 tahun saya meninggalkan kampung, bermula tahun 2005, sewaktu melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak. Satu semester sahaja di UNIMAS, saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang - undang di UiTM Shah Alam. Jarang sekali saya pulang ke kampung, melainkan jika ada kenduri sanak saudara terdekat dan sewaktu Eid. Cuti semester selalunya saya akan bekerja part time sebagai guru tuisyen dan mengikuti kuliah semester pendek.

Tahun ini, saya berkesempatan merakamkan suasana kampung saya pada waktu pagi. Usai solat Subuh dan minum Nescafe, ringan pulak kaki ni nak berjalan ke jeti..Buat pengetahuan anda, kampung saya ni merupakan jetty point bagi pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian.

Kalau ada yang berminat nak ke Perhentian, bolehlah hubungi saya, saya akan bantu setakat yang mampu.

Nikmat Aidilfitri


Assalamualaikum dan salam Aidilfitri untuk semua.

Alhamdulillah, bersempena dengan kedatangan Syawal 1430H ini, saya kembali terdaya untuk menulis dalam laman blog ini.. Sebetulnya hati memang meruntun nak jadi seorang blogger yang prolifik terutamanya dalam aspek perundangan dan siasah negara.. Rugi rasanya jika ilmu yang ditimba di sekolah undang - undang tidak dikongsi demi kemaslahatan bersama...bukan mahu mendabik dada dengan status sebagai seorang mahasiswa undang2, tapi mahu memberi, walau sekelumit cuma ilmu yang ada, itupun ingat2 lupa =)

Bersempena raya tahun ini, kami adik beradik mengambil kesempatan pulang ke kampung di Kuala Besut. Happy betul dapat jumpa sanak saudara dan menziarahi pusara arwah Ayah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, saya yang dah tua bangka pun masih lagi dapat duit raya.